- amalkan tabiat pemakanan yang sihat. apa yang anda makan dan cara makan amat penting. makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.
- kekalkan berat badan yang ideal. masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.
- lakukan juga senamrobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. lakukan sekurang-kurangnya 30minit aktiviti aerobik setiap hari.
- kawal tekanan. tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.
- salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi atau taici.
Sumber : iSIHAT Februari 2012
*image is googled

2 comment/s:
tips yg bagus...takut kena penyakit2 ni
yes betulll... sama2 menjaga kesihatan
Post a Comment