Follow Me Peeps ^_^

Thursday, January 5, 2012

tips rawatan kecemasan bagi kemalangan melibatkan bahan kimia


1) bahan kimia pada kulit
jika terkena pada kulit, tanggalkan pakaian yang terkena dan bersihkan kulit dengan air yang banyak. jika bahagian berkenaan terdapat kesan terbakar, teruskan membersihkan kulit dengan air sekurang-kurangnya selama 15 minit.

2) bahan kimia pada mata
bersihkan mata dengan membuka kedua-dua kelopak mata dan alirkan air bersih ke dalam ruang di sudut mata berhampiran hidung. jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, anda mungkin memerlukan seseorang untuk memegangnya sementara anda membersihkan matanya selama 15 minit dan jangan gunakan ubat titis mata kecuali jika diarahkan.

3) bahan kimia yang tertelan
jika bahan kimia tersebut masih berada di dalam mulut, ludahkannya dengan segera atau keluarkan dengan jari (simpan ini dengan bukti-bukti lain untuk membantu mengenal pasti jenis bahan kinia yang tertelan). jangan cuba untuk muntah kerana ia mungkin akan teraspirasi ke saluran trakea seterusnya sampai ke paru-paru dan menyebabkan komplikasi sistem pernafasan. tetapi sekiranya telah muntah, kumpulkan sampel muntah untuk membantu mengenal pasti  bahan tersebut. minum air atau susu untuk melarutkan bahan kimia tersebut.

4) langkah seterusnya
segeralah ke Jabatan Kecemasan hospital untuk mendapat rawatan lanjut.
Sumber : iSIHAT Disember 2011
*image is googled*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...