dalam dunia yang serba pantas ini, kita sering dituntut untuk melakukan pelbagai perkara dengan cepat dan tergesa-gesa. beberapa kajian menunjukkan makan terburu-buru boleh meninggalkan kesan buruk, salah satunya kegemukan. bukan itu saja, kajian terbaru mendapati makan cepat dapat menyebabkan diabetes pada usia lanjut. ini kerana menghabiskan makanan dengan jumlah kunyahan yang sedikit sebelum ditelan akan meningkatkan jumlah gula dalam aliran darah pada suatu tempoh masa. akibatnya, tubuh akan lebih mudah mengalami gangguan toleransi glukosa yang juga dikenali sebagai pradiabetes. dalam jangka masa 10 tahun, golongan ini berisiko menghidap diabetes jenis 2 dengan risiko 50%.
Sumber : iSIHAT Disember 2011
*image is googled
0 comment/s:
Post a Comment