Follow Me Peeps ^_^

Tuesday, October 26, 2010

rahsia masker madu + timun

timun memang buah dalam kategori sayuran yang enak dimakan sama ada dimasak ataupun dijadikan ulam begitu saja. malah, khasiatnya juga banyak buka saja untuk kesihatan tetapi juga untuk kecantikan.
begitu juga dengan madu. semua orang sedia maklum madu memang banyak fungsinya dan baik untuk penjagaan kesihatan termasuk kecantikan. kerana itu tidak hairanlah banyak produk kecantikan turut diasaskan daripada madu. apabila timun dan madu digandingkan, ternyata ia memberi kesan yang amat baik untuk kecantikan kulit wajah, menjadikan kulit bersih dan licin. amalkan memakai masker timun dan madu secara rutin, anda akan tersenyum dengan hasilnya. cara membuatnya juga mudah. anda boleh lakukan sendiri di rumah.



  • sediakan 1/2 biji timun dan dua sudu besar madu asli.
  • kisar timun hingga hancur kemudian tuangkan ke dalam mangkuk. masukkan madu dan gaul sebati.
  • cuci terlebih dahulu wajah anda. kemudian sapukan masker madu dan timun tadi pada wajah hingga ke leher.
  • biarkan kering dan selepas itu barulah dibilas bersih dengan air suam.
selamat mencuba! ^_~

8 comments:

POSH76 said...

madu mmg bagus untuk kulit

Alinx said...

yea betul... proven, linx sendiri dah try...

mimie said...

madu nak cari kat mane erk? ;)

Alinx said...

mimie, skrg ni byk supermarket yg jual madu. bezanya cuma madu liar + madu ternak. kalau mimie pegi sunway pyramid, ada 1 gerai kat LG kalau tak silap yg jual madu je... lg senang kalau cari kat jusco @ carrefour @ giant @ tesco...

mimie said...

gune madu yang untuk masak tu ke?

mimie said...

ouh ye, ble tolong bg gambar botol madu tu mcm mane tak? nak belilah tpi tkut trsalah beli. please... ;)

Alinx said...

hi mimie. nnt i g snap gambar ye. madu yg i guna skrg i beli kat cameron, so xde label for commercial use. nnt i post an entry for the madu ye

mimie said...

okey, thanks. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...