Follow Me Peeps ^_^

Friday, November 25, 2011

Khasiat Buah Naga Merah 02



gambar ihsan 'google image'

Sebagaimana anda maklum buah naga yang ditanam di Malaysia adalah dari jenis warna merah. Dikenalpasti bahawa buah naga merah mempunyai lebih khasiat dari warna putih. Tahukan anda buah naga (Dragon Fruits, Pitaya, Hylocereus) ini cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisma badan.

Mengikut kajian buah naga madu ini amat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah dan ianya memberi tindakbalas yang sangat baik untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam badan. Ianya juga boleh mencegah kanser usus darah dan juga menurunkan kadar lemak badan.

Warna merah-kemerahan/ungu-keunguan yang semulajadi yang terdapat pada buah naga merah mengandungi khasiat “Anthocyanin“ yang mengawal kadar jantung dan melambatkan proses penuaan (awet muda) manakala biji hitam pula mempunyai “Albumen” membantu penghadaman dimana ianya dapat mengumpulkan sisa-sisa makanan dalam perut, mengeluarkan toksik dan lebihan galian dalam perut.
Berikut adalah maklumat khasiat bagi setiap 100g naga merah:

Energy = 67.70 Kcal
Water = 85.30%
Protein = 1.10 gm
Fat = 0.57 gm
Carbohydrates = 11.20 gm
Fibre = 11.34 gm
Calcium = 10.20 mg
Phosphorous = 27.50 mg
Magnesium = 38.90 mg
Potassium = 3.37 mg
Iron = 0.70 mg
Sodium = 8.90 mg
Zinc = 0.35 mg
Sorbitol = 32.70 mg
Fructose = 3.20 mg
Vitamin C = 3 mg
Niacin = 2.8 mg

Sumber : FAMA, Malaysia.

Adanya Vitamin C juga sudah pasti dapat mencantik dan mencerahkan kulit.
Dan yang pasti buah naga madu bebas dari sebarang racun kerana ianya menggunakan sistem tanaman organik sepenuhnya. Sekarang kita mempunyai lebih sebab untuk mencuba buah naga madu.
 
Artikel daripada Nagamadu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...